50 ASNAF TERIMA SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT MAIWP DARI McDONALD’S MALAYSIA

Saiz Tulisan :

 mini WhatsApp Image 2022 04 08 at 19.48.44 1

Danau Kota, 8 April - McDonald’s Malaysia hari ini telah menganjurkan Program Ziarah Komuniti Asnaf, dengan menyantuni 50 keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, Kuala Lumpur.

Para asnaf menerima kotak rezeki dan duit raya bernilai RM500.00 untuk setiap keluarga  sumbangan McDonald’s Malaysia melalui dana Wakalah Zakat MAIWP.

Riak wajah gembira sempat dirakam lensa kami dan pastinya ucapan terima kasih tidak lekang dari bibir mereka.

Pada masa yang sama, McDonald’s Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat perniagaan berjumlah RM500 ribu kepada PPZ-MAIWP bagi tahun 2022.

Ini merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan sejak lima tahun lalu,

Majlis pembayaran zakat perniagaan ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP yang menyaksikan penyerahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia kepada Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP.

Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia akan membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayar zakat pada tahun 2017. 

Sebagai pengiktirafan kepada McDonald’s Malaysia yang telah berterusan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, PPZ-MAIWP telah sekali lagi menyerahkan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia.

Sijil ini akan dipamerkan di lebih 40 buah restoran McDonald’s di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!