80 GELANDANGAN DIRAIKAN SEMPENA RAMADAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 04 07 at 11.59.52

Kuala Lumpur, 7 April - Kesejahteraan dan kebajikan penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur terus diberi perhatian oleh MAIWP di mana bersempena Bulan Ramadan ini Pengurusan Tertinggi MAIWP turun menyantuni mereka.

Pada Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti Siri 1, MAIWP telah menyampaikan Sumbangan Duit Raya berjumlah RM200.00 dan makanan sunah kerepek bernilai RM100.00 bagi setiap gelandangan.

Mereka turut menerima Bantuan Tunai RM100 disumbangkan oleh pembayar zakat Wilayah Persekutuan iaitu Syarikat Carimin Petroleum Berhad dan Bakul Rezeki FAMA Bernilai RM100 dengan jumlah bantuan RM 16,000.00 hasil sumbangan Dana Wakalah Zakat MAIWP..

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi MAIWP,Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar di Anjung Kelana, Desa Tasik.

Tan Sri Dr. Mohd Daud berkata, beberapa program lain telah diaturkan pada Ramadan ini bagi memastikan setiap lapisan masyarakat disantuni dan MAIWP akan terus memainkan peranan mengagihkan bantuan zakat disumbangkan umat Islam kepada golongan asnaf.

Bantuan ini turut disampaikan kepada penghuni Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Turut memeriahkan penyampaian sumbangan; Nizam Bin Hj Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mokhtar Hashim, Managing Director Carimin Petroleum Berhad, Fahmi Bin Ismail, Penolong Pengurus Besar Khidmat Kaunter & Wakalah PPZ-MAIWP dan Mohd Zulfadly Bin Mat Zain Pengerus Operasi Yayasan EZ Prihatin.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!