30,300 PENERIMA BANTUAN KEWANGAN MAIWP TERIMA BANTUAN ONE-OFF
Putrajaya, 5 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan Bantuan awal secara One-off sebanyak RM300 kepada 30,300 orang dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM9.09 juta.
Menurut YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Bantuan ini diberikan kepada penerima Bantuan Kewangan MAIWP dan dikreditkan secara berperingkat bermula 4 April 2022.
Manakala Bantuan Aidilfitri turut disalurkan secara one-off RM500 kepada 30,300 penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP dan akan diagihkan secara berperingkat bermula minggu ketiga bulan Ramadan 1433H.
“Saya difahamkan bantuan ini telah disalurkan pada 4 April 2022 kepada penerima.
"Gunalah bantuan ini sebaik mungkin.
"Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dalam menyambut Ramadan,” ucap YB Menteri.
Tahun ini, MAIWP menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7 ditentukan berdasarkan harga beras yang majoriti digunakan oleh rakyat Malaysia.
Manakala dua kadar zakat fitrah lagi adalah RM14.00 dan RM21.00 yang ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan.
Zakat fitrah boleh ditunaikan menerusi amil-amil yang dilantik oleh MAIWP yang akan membuat kaunter kutipan di pelbagai lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan.
Selari dengan norma baharu, orang ramai boleh membuat pembayaran secara dalam talian.
Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP menyediakan 14 platform pembayaran zakat fitrah, antaranya; seperti Gopay Umobile, Jompay, Portal PPZ, Qr Code, Shopee, Myeg, TheNoor dan sebagainya.