MAIWP SUNTIK RM9.46 JUTA KEPADA MASJID DAN SURAU

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2022/05042022/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

 mini WhatsApp Image 2022 04 05 at 17.09.14

Putrajaya, 5 April - Majlis agama islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini telah memperuntukkan RM9.46 juta dana zakat kepada 811 buah masjid, surau jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bantuan ini disalurkan atas dasar keprihatinan MAIWP untuk membantu dan menggerakkan aktiviti pengimarahan sempena bulan Ramadan dan lebih dikenali  sebagai Ihya’ Ramadan.

Setiap masjid akan menerima bantuan sebanyak RM15,000.00, manakala surau jumaat akan menerima RM12,500.00 dan surau biasa akan menerima RM11,000.00.

Replika Cek Bantuan Ihya Ramadan telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada wakil penerima setiap zon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

YB Senator Datuk Haji Idris dalam ucapannya berharap agar MAIWP dapat terus merancakkan agihan zakat kepada asnaf di Wilayah Persekutuan agar nasib mereka  dapat dibantu melalui motivasi dan sumbangan idea untuk mengubah nasib mereka daripada penerima zakat kepada pembayar zakat.

"Tahniah saya ucapkan kepada MAIWP yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang telah merencanakan pelbagai usaha dalam merancakkan lagi pengagihan zakat dan juga meningkatkan keberkesanan agihannya".

YB Senator Datuk Idris turut menyampaikan Watikah perlantikan Ketua Amil dan Amil Zakat Fitrah Tahun 1443H di Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya.

 

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!