PENGUMUMAN ZAKAT FITRAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1443H/2022M

Saiz Tulisan :

mini DSC07082

Putrajaya, 1 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi kaum muslimin pembayar zakat Wilayah Persekutuan, meliputi; kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Haji Ahmad berkata, ketiga-tiga kadar itu telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

Kadar wajib zakat fitrah tahun ini ialah sebanyak RM7.

Ia ditentukan berdasarkan harga beras yang majoriti digunakan oleh rakyat Malaysia.

Hal ini bersesuaian sebagaimana harga beras super tempatam gred 5% hancur yang dijadikan rujukan beras yang banyak digunakan.

Selain itu, dua lagi kadar zakat fitrah adalah RM14.00 dan RM21.00 yang ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan.

Bayaran zakat fitrah melebihi kadar minimum adalah digalakkan secara sukarela dan tanpa paksaan.

Selari dengan norma baharu, orang ramai boleh membuat bayaran secara atas talian.

Hal ini kerana PPZ-MAIWP telah menyediakan sebanyak 14 platform pembayaran zakat fitrah, antaranya; Gopay, Umobile, Jompay, Portal PPZ, QR Code, Shopee, Myeg, dan ThenNoor.

Pada tahun ini, MAIWP turut melantik seramai 811  orang amil untuk menjalankan tugas kutipan zakat fitrah.

Kaunter bayaran zakat fitrah dibuka di PPZ,  masjid-masjid, surau, pasaraya dan beberapa lokasi lain yang menjadi tumpuan orang ramai.

Setiap amil akan diberikan QR Code yang boleh diimbas untuk transaksi tanpa tunai.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!