MAIWP RANGKA STRATEGIK MEMPERKASA ASNAF

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 31 at 20.39.55

Taman Melati, 31 Mac - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan berjumlah RM200,000.00 kepada 36 keluarga mangsa kebakaran dan ribut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penerimany; 2 keluarga mangsa kebakaran di Rumah Pangsa Setapak Jaya, Setapak,  31 keluarga mangsa ribut di Flat Taman Melati, Setapak,  dan 3 keluarga mangsa ribut di PPR Raya Permai, Sungai Besi.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan Masyarakat Kawasan 4A, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Ketika ditemui, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, berkata:

"MAIWP merupakan sebuah agensi yang sangat jitu, bekerjasama dengan pelbagai agensi sosial untuk terus berbakti kepada masyarakat Wilayah Persekutuan melalui dana zakat yang diamanahkan kepada mereka mengurusnya."

Pada masa yang sama, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP pula berkata:

"MAIWP kini sedang menyusun gerak kerja untuk membantu peniaga keluar dari kepompong kemiskinan.

"MAIWP sasar 1,000 penerima Bantuan Perniagaan, dalam masa terdekat dibantu dari segi modal pusingan dan latihan komprehensif sebagai asas perniagaan.

"Rangkaian bantuan MAIWP terus diperkasa kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU); menyantuni dan membantu mereka mengurangkan beban yang ditanggung."

Turut hadir pada majlis ini, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!