MAIWP TINGKAT IMEJ KORPORAT ISLAMIK

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 23 at 12.33.00

Kuala Lumpur, 25 Mac - MAIWP melancarkan ‘Islamic Management System’ (IMS) yang digerakkan sebagai salah satu program dakwah di bawah inisiatif kumpulan projek Quick Win MAIWP.

IMS ini merupakan satu polisi yang menggabungkan antara peraturan atau arahan sedia ada dengan penambahbaikan yang selari dengan konsep Islam.

Masjis Perasmian ‘Islamic Management System’ (IMS) telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif  (PKPE) MAIWP ketika Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP.

"Dasar utama IMS adalah melalui Peningkatan Imej Korporat Islamik yang diperkukuhkan dengan empat kerangka utama, iaitu; etika pemakaian pejabat, etika kerja Islamik, pemerkasaan imej jabatan dan pemerkasaan kebajikan pegawai.

“IMS berperanan dalam penambahbaikan terhadap peningkatan imej korporat dan pengurusan prestasi pegawai MAIWP berasaskan kepada ajaran dan nilai Islam yang sejagat”, ucap Mohd Nizam Yahya.                           

Pastinya motivasi kepada pegawai MAIWP diterapkan dalam perhimpunan ini agar warga MAIWP dapat berkhidmat penuh amanah dan menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Dalam majlis yang sama, empat pegawai MAIWP turut diraikan selaku penerima  Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bagi bulan Januari 2022.

Hadir sama mengiringi Pemangku KPE MAIWP dalam perhimpunan ini, Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

mini_WhatsApp_Image_2022-03-23_at_12.33.00.jpegWhatsApp_Image_2022-03-25_at_10.13.50_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-25_at_10.13.49.jpegWhatsApp_Image_2022-03-25_at_10.13.50.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!