MAIWP SUNTIK RM1 JUTA BANTU MAINS SANTUNI MANGSA BANJIR

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 24 at 13.44.28

Seremban, 24 Mac - MAIWP melunaskan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah Pembayar Zakat di Wilayah Persekutuan dengan menyalurkan Bantuan Al-Gharimin kepada asnaf di Negeri Sembilan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Sebanyak RM1.0 juta diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi membantu mangsa banjir di negeri  tersebut.

Bantuan merentasi sempadan ini telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Dato’ Dr. Abdul Azizi  Sheikh Ab Kadir, Pengerusi MAINS.

Sehingga kini, MAIWP telah memperuntukkan RM35 juta bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Wilayah Persekutuan, termasuklah beberapa negeri yang terlibat.

Atas dasar kebersamaan, MAIWP memperuntukkan RM20 juta sebagai tambahan bagi tujuan membina dan membaikpulih rumah, sekolah agama, surau dan masjid yang rosak akibat banjir.

Bantuan tersebut dikendalikan oleh Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

mini_WhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.28.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.28.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.29_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.28_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.29_2.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.29.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.30_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.30_2.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.30.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.31.jpegWhatsApp_Image_2022-03-24_at_13.44.31_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!