BANTUAN MERENTASI SEMPADAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 18 at 17.24.10

Hulu langat, 18 Mac - MAIWP menyampaikan bantuan banjir berjumlah RM20 juta kepada Yayasan Taqwa-MAIWP selaku penyelaras program bagi yang belum menerima bantuan agar dapat disampaikan kepada mereka yang layak dan bermaustatin di luar Wilayah Persekutuan.

Program Bantuan Membina dan Baikpulih Rumah, Masjid/Surau, Institusi Pendidikan & Kebajikan akibat banjir di seluruh negara dalam tempoh Disember 2021 hingga Mac 2022 telah disempurnkan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor sebentar tadi.

"Terima kasih MAIWP kerana telah merealisasikan hasrat saya dengan memperuntukkan 20 Juta untuk membantu membina membaikpulih rumah dan Yayasan Taqwa-MAIWP kerana telah menjalankan kerja dengan pantas", ucap YB menteri.

Menurut YB Menteri lagi, senarai penerima  adalah yang berdaftar dengan agensi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan supaya tidak berlaku pertindihan di mana bantuan akan diberikan kepada mereka yang masih belum menerima sebarang bantuan.

Wakil penerima membina rumah, Azizah Hasim dengan nilaian RM70,000.00 rumah, menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang disalurkan oleh MAIWP dan Pembayar Zakat di Wilayah Persekutuan.

Hadir sama pada program ini Tan Sri Dr. Daud Bakar, Pengerusi MAIWP,  Dato'  Haji Razali bin Shabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuandan  dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya.

WhatsApp_Image_2022-03-18_at_15.18.37.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_15.18.58.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_16.01.59.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_16.01.11.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.23.26.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.10.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.23.26_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.02.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.02_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.22.41.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.24.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.23.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.38.jpegWhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.54.jpegmini_WhatsApp_Image_2022-03-18_at_17.24.10.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!