MAIWP IKON KERJASAMA JPKM

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 13 at 17.11.18

Bera, 13 Mac - Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) peringkat Wilayah Persekutuan menuju menara gading mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri  di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang.

"Dengan adanya siri jelajah ini, saya tidak mahu ada pelajar yang tercicir untuk ke menara gading.

“Jelajah pendidikan ini memberi sumbangan yang besar kepada rakyat terutamanya pelajar untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat pendidikan tinggi.

"Besar harapan saya agar agensi lain dapat mencontohi MAIWP melalui kerjasama strategik dalam membantu pelajaran kurang berkemampuan", ujar YAB Perdana Menteri.

Penyampaian penajaan bantuan MAIWP telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, kepada YAB Perdana Menteri  dengan menaja Bantuan Pendidikan berjumlah RM4 juta kepada PRIHATIN (Yayasan Prihatin Nasional) sempena Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan.

Program ini merupakan inisiatif dan projek khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.

Melalui dana yang disuntik MAIWP, pihak sekretariat Jelajah Pendidikan Keluarga MAIWP akan menjelajah ke seluruh negara bagi mencari, mengenal dan membantu 50,000 pelajar lepasan SPM antara tahun 2016 sehingga tahun 2021 yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.

Hadir sama pada program ini  Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

WhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.11.19_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.11.19.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.11.18_2.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.11.18_1.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.11.17.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.10.26.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.10.19.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.10.17.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.10.16.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.10.15.jpegWhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.09.27.jpegmini_WhatsApp_Image_2022-03-13_at_17.11.18.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!