PKP SANTUNI 70 KELUARGA PPR HILIRAN AMPANG

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 12 at 09.59.46

Ampang Hilir, 12 Mac - Program Kami Prihatin (PKP) anjuran Persatuan Alumni IKB dengan kerjasama Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan Persatuan Penduduk PPR Hiliran Ampang menyantuni 70 keluarga PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur, yang terjejas sumber pendapatan ekoran pandemik Covid-19.

Encik Mohd Fauzi Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, ketika merasmikan program ini berkata penganjuran program seperti ini membuktikan mereka peka dan prihatin terhadap masalah dan keperluan masyarakat pada masa ini.

Tambah beliau, ia juga dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan terjejas sumber pendapatan dan berdepan dengan tekanan hidup.

Kaunter Bergerak Baitulmal MAIWP turut ditempatkan di lokasi program agar penduduk dapat maklumat lebih tepat dan memohon bantuan yang diperlukan.

Alumni IKB berperanan memberikan khidmat pembangunan dengan memberikan pelbagai sumbangan berbilang perspektif yang bermanfaat kepada pelatih, alumni, institut dan masyarakat.

Ini dapat dilihat dengan penglibatan alumni IKB yang menyediakan makanan bermasak dan barangan keperluan asas harian pada program ini.

McDonald (Malaysia) turut menaja 200 pek makanan tidak terkecuali penglibatan jabatan kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan yang sentiasa terbuka dalam memberikan pelbagai bantuan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Turut menjayakan program penajaan bersama, antaranya; Rabi Durian Crepe, K.I.S dan Kreatif Golf Ideal.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!