CENTURY BRU COFFEE DI PUSRAWI

Saiz Tulisan :

mini DSC04516

Kuala Lumpur, 10 Mac - Kafe berkonsepkan santai dan mesra pelanggan menjadi pilihan Hospital PUSRAWI  agar pelanggan dapat menikmati suasana yang tenang dan menarik.

Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata demikian ketika melancarkan Century Bru Coffee di ruang legar aras 1, Lobi Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur.

Menurut Tan Sri, selaku Pengerusi Hospital PUSRAWI merangkap Ahli MAIWP memandang serius maklum balas yang diajukan oleh pelanggan terutamanya menaik taraf fasiliti hospital dengan menyediakan lebih banyak kemudahan.

Tambah beliau, kini PUSRAWI  sedang meneliti beberapa perancangan awal agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menjadikan Hospital PUSRAWI sebagai pilihan utama.

Hadir pada program ini Ahli Lembaga Pengarah Hospital PUSRAWI Sdn Bhd dan Cik Zauyah Tarmizi, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PUSRAWI.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!