CENTURY BRU COFFEE DI PUSRAWI
Kuala Lumpur, 10 Mac - Kafe berkonsepkan santai dan mesra pelanggan menjadi pilihan Hospital PUSRAWI agar pelanggan dapat menikmati suasana yang tenang dan menarik.
Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata demikian ketika melancarkan Century Bru Coffee di ruang legar aras 1, Lobi Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur.
Menurut Tan Sri, selaku Pengerusi Hospital PUSRAWI merangkap Ahli MAIWP memandang serius maklum balas yang diajukan oleh pelanggan terutamanya menaik taraf fasiliti hospital dengan menyediakan lebih banyak kemudahan.
Tambah beliau, kini PUSRAWI sedang meneliti beberapa perancangan awal agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menjadikan Hospital PUSRAWI sebagai pilihan utama.
Hadir pada program ini Ahli Lembaga Pengarah Hospital PUSRAWI Sdn Bhd dan Cik Zauyah Tarmizi, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PUSRAWI.