PENDIGITALAN WAKAF REDI2PAY
Putrajaya, 4 Mac - MAIWP kini bergerak ke medium digital melalui Pusat Wakaf MAIWP tidak ketinggalan dalam era 4.0.
Pendekatan menerusi pemerkasaan teknologi memberikan gambaran perlaksanaan tunai wakaf adalah dilihat dapat dilaksanakan dengan lebih telus, efisien dan sistematik.
Pusat Wakaf MAIWP dan Radiance Assets Berhad telah melantik Redipay Sdn Bhd sebagai penyedia platform digital (al-qayyim – ejen kutipan wakaf tunai) dilihat dapat merealisasikan pendigitalan ini.
Pendigitalan ini direalisasikan melalui Majlis Pelancaran REDI2PAY Pusat Wakaf MAIWP yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya hari ini.
Menurut YB Senator Datuk Haji Idris, kerjasama strategik ini dapat merealisasikan hasrat serta objektif untuk menyantuni keperluan masyarakat dan akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat.
Satu portal laman sesawang telah dibina bagi tujuan pendigitalan wakaf.
Portal ini dikenali sebagai redi2infaq.com yang akan memudahkan masyarakat melaksanakan sumbangan wakaf tunai dengan membuat pilihan pada pelbagai jenis projek atau program yang disediakan.
"Dengan platform digital seperti ini, diharapkan sasaran kutipan wakaf tunai pada tahun ini sebanyak RM15 juta dapat dicapai.
"Hasil daripada kutipan ini, pelbagai bentuk manfaat wakaf dapat disalurkan dalam pelbagai bentuk keperluan dan tentunya MAIWP perlu bekerja dengan lebih keras untuk membangunkan produk-produk wakaf yang berdaya saing", ujar YB Senator Datuk Haji Idris.
Hadir sama mengiringi beliau Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor Pengerusi Pusat Wakaf MAIWP merangkap Ahli MAIWP.
Pusat Wakaf MAIWP perlu sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan kepentingan wakaf dan peranannya untuk mencapai kemajuan ekonomi umat Islam dan masyarakat yang lebih agresif.
Pelbagai medium digital yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan mempromosi dan masyarakat dapat berwakaf dengan mudah dan pantas.