RM2.6 JUTA BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR
Putrajaya, 4 Mac - MAIWP salur RM2.6 juta bantu 23,658 mangsa banjir yang terjejas di pantai timur.
Jumlah keseluruhan yang digerakkan oleh Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Jabatan Hal Ehwal Agama, sebanyak RM3,776,350 termasuk dana yang diperuntukkan MAIWP.
Perkara ini dinyatakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad pada Program Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia JPM HEA di Datan Kompleks Islam Putrajaya sebentar tadi.
YB Senator Datuk Haji Idris diiringi timbalannya, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary melepaskan 12 buah kenderaan konvoi bantuan untuk menyantuni mangsa banjir.
Antara bantuan yang akan disalurkan adalah bantuan wang tunai, makanan, kit solat, naskah Al-Quran, toto dan sebagainya.