10 KAWASAN PPR TERIMA WIFI PERCUMA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 03 03 at 15.05.58 21 

Kuala Lumpur, 3 Mac – MAIWP meluluskan pemasangan WiFi secara percuma di 10 kawasan PPR yang terpilih di Wilayah Persekutuan dengan perbelanjaan sebanyak RM600,000.00.

Melalui kemudahan WiFi ini, pelajar mampu mendapatkan capaian internet di kawasan berkenaan agar proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) dapat dijalankan dengan lancar.

Bantuan Pemasangan WiFi di PPR telah  disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Pengerusi Surau Jumaat At-Taqwa, Encik Basharudin Haji Md Aripin. 

Dalam majlis ini, replika cek pelaksanaan Pusat Komuniti Bergerak turut disampaikan kepada Pengerusi Pertubuhan Dana Kita, Encik Mohd Fadli Mohamed Salleh berjumlah RM614,000.00.

Menerusi Pusat Komuniti Bergerak MAIWP atau secara ringkasnya 'Mobile Internet Lab' (makmal internet bergerak) iaitu sebuah bas dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet bergerak ke kawasan kediaman penduduk secara berkala.

YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad ketika ditemui berharap, melalui kemudahan WIFI yang kini digerakkan ke kawasan sekitar Wilayah Persekutuan dapat peluasan perkhidmatan internet secara lebih menyeluruh di kawasan asnaf dan B40.              

Turut hadir Datuk Rameli Musa, Ahli MAIWP dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

{

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!