5,000 PELAJAR ASNAF TERIMA TABLET
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Kuala Lumpur, 3 Mac – MAIWP memperuntukkan RM9.3 juta tablet kepada 5,000 pelajar asnaf bertujuan untuk memastikan mereka tidak terlepas dari mengikuti pembelajaran atas talian.
Simbolik penyerahan replika cek bantuan tablet kepada pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan ini telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan disaksikan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.
YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad dalam ucapannya berkata penularan wabak Covid-19 telah banyak mengubah landskap pendidikan di negara ini yang perlu bergerak pantas ke arah pendigitalan ekosistem pendidikan agar kekal relevan dengan situasi semasa.
Atas rasa tanggungjawab, MAIWP mengambil peranan membantu golongan yang memerlukan terutamanya pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan agar mereka dapat membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.
Turut hadir Datuk Rameli Musa, Ahli MAIWP, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.