RESOLUSI TOWNHALL MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

Saiz Tulisan :

mini 20220225120829 499A7376 edit 91399055141261

Masjid Wilayah, 25 Februari -MAIWP menyokong penuh usaha JAWI dalam memperkasa pengurusan Hal Ehwal Mualaf di Wilayah Persekutuan. 

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar,  Pengerusi MAIWP, berkata demikian ketika melancarkan Resolusi Townhall Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2022 di Dewan Sebaguna Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

"JAWI sebagai agensi pelaksana memainkan peranan yang cukup penting dalam memperkasa pengurusan Hal Ehwal Mualaf agar lebih efisyen dan berdaya saing.

"JAWI juga telah merangka Resolusi Townhall Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2022", ujar beliau.

Resolusi tersebut telah dibacakan  oleh Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan merangkap Ahli MAIWP.

Resolusi Townhall Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2022 menekankan beberapa perkara, iaitu; pengurusan Mualaf di Wilayah Persekutuan; merangkumi Pengislaman, Pendaftaran Pengislaman, Pengajian dan Kebajikan kemudahan perkhidmatan kepada mualaf.

JAWI turut membangunkan Pelan Strategik Mualaf Wilayah Perseketuan untuk tempoh 2022-2026.

Pelan ini adalah bertujuan memperkasakan pengurusan mualaf di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, hub mualaf di Wilayah Persekutuan Labuan bakal diwujudkan sebagai ‘one stop center’ bagi memastikan semua urusan dalam menjaga hal ehwal dan kebajikan mualaf dapat diuruskan dengan lebih teratur dan efisien.

mini_20220225120829_499A7376_edit_91399055141261.jpg20220225103554_499A7290_edit_87010195017451.jpg20220225120418_499A7347_edit_91339574862103.jpg20220225120829_499A7376_edit_91399055141261.jpg20220225121000_499A7389.JPG20220225121914_499A7407.JPG20220225122709_499A7415_edit_91555639692278.jpg20220225121207_499A7402_edit_91760466825060.jpg20220225122825_499A7421_edit_91591021415710.jpg20220225122912_499A7436_edit_91631669156329.jpg20220225122950_499A7454_edit_91657737204242.jpg20220225122931_499A7443_edit_91672154534969.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!