MASJID DAN SEKOLAH TUMPUAN SCCM
Bera, 10 Februari - Skuad Cuci-Cuci MAIWP ( SCCM ) telah menyantuni mangsa banjir di sekitar Bera, Pahang Darul Makmur.
Pada misi ini, jalinan kerjasama antara Skuad Cuci-Cuci MAIWP dan Pejabat Agama Islam Daerah Bera serta Balai Polis Kuala Bera berjalan dengan lancar.
Sedikit kelainan konsep dibawa, di mana bantuan disalurkan lebih tertumpu kepada membaik pulih masjid dan sumbangan kepada sekolah.
Seramai 30 pegawai MAIWP dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) terlibat pada program ini.
Masjid Tuanku Abdullah, Kampung Kuala Triang, Bera, Pahang menjadi tumpuan Skuad Cuci-Cuci MAIWP dimana mereka menawarkan khidmat gotong-royong dengan membaik pulih bangunan, tempat letak kenderaan berbumbung dan kerja-kerja mengecat.
Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP, Encik IR Abd Karim bin Mohamed@ Ismail menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 50 mangsa yang terkesan akibat musibah banjir baru-baru ini.
Turut disampaikan Bantuan Kewangan kepada pihak masjid dan PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Rok, Bandar Bera, Pahang.
Usaha ini diharap dapat menceriakan serta meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir.