REVOLUSI ASNAF MATLAMAT MENTERI

Saiz Tulisan :

mini DSC02477 

Kompleks Darul Kifayah, 25 Januari - YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tekad membangunkan asnaf agar berdaya kompetitif, maju dan membina kehidupan yang lebih selesa.

Beliau berharap peluang yang diberikan oleh pihak MAIWP dapat diaplikasikan sebaik mungkin agar produk asnaf dapat dipasarkan secara meluas.

YB Senator Tuan Haji Idris berkata demikian ketika melancarkan Projek Agroprenuer Asnaf di Laman Tani Darul Kifayah.

Turut mengiringi YB Menteri, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

MAIWP telah melaksanakan inisiatif baharu melalui Projek Laman Pertanian Bandar di bawah Program ‘Pembangunan Lestari’ MAIWP dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Syarikat Grasicili.

Seramai 10 orang asnaf Agroprenuer menerima surat lantikan sebagai peserta Program Agropreneur MAIWP.

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!