MEREMAJA WAKAF FOKUS MAIWP TAHUN 2022

Saiz Tulisan :

mini Image 2022 01 25 at 10.07.57 

Kompleks Darul Kifayah, 25 Januari - MAIWP hari ini melancarkan Tahun Wakaf Wilayah Persekutuan 2022 dalam usaha mengaktifkan sumber baharu dana bagi terus menyantuni masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

Majlis pelancarannya telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disaksikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di JPM (HEA) dan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP serta jemputan khas bertempat di Kompleks Darul Kifayah, Batu Muda, Kuala Lumpur.

YB Senator Tuan Haji Idris turut menekankan agar semua agensi agama sentiasa berusaha menterjemahkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menerusi Pelan Strategik Hal Ehwal Agama (HEA) yang memberi fokus kepada 5 kluster utama, iaitu; kesejahteraan sosial melalui pembangunan modal islam menerusi transformasi penyampaian perkhidmatan dengan penambahbaikan dasar dan perundangan bagi terus memperkasa sosioekonomi masyarakat Islam khasnya dan Malaysia amnya.

Perkara ini dinyatakan oleh YB Menteri ketika memberikan ucapan amanat sempena perhimpunan agensi dibawah kementerian beliau yang turut dihadiri oleh 14 Agensi Agama di bawah JPM Hal Ehwal Agama.

MAIWP yang diwakili oleh Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah menyerahkan Bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KAFA di Wilayah Persekutuan berjumlah RM1.8 juta dan Bantuan Elaun Guru KAFA Wilayah Persekutuan Tahun 2022 sebanyak RM11.52 Juta kepada Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!