BANTUAN ZAKAT DIHULUR TANPA SEMPADAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 01 19 at 10.55.44 1

Istana Abdul Aziz, 19 Januari – MAIWP hari ini menghulurkan bantuan merentasi sempadan negeri demi membantu menyantuni mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negeri Pahang baru-baru ini.

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Pemangku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) atas limpah perkenan menerima Sumbangan Bantuan di bawah program Sentuhan Kasih MAIWP sebanyak RM2 juta.

Majlis penyerahan mock up cheque telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sambil disaksikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Besar harapan MAIWP agar sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu mereka yang terjejas tempat berteduh untuk memulakan kehidupan baru kerana dana yang diperuntukkan ini khusus untuk membina rumah.

Terima Kasih Pembayar Zakat
Amanah Anda Kami Laksanakan

 

mini_WhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.44_1.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.48_1.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.47.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.45_2.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.48.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.44.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.43.jpegWhatsApp_Image_2022-01-19_at_10.55.45.jpeg


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba