MANGSA BANJIR TERIMA SENASKAH AL-QURAN

Saiz Tulisan :

mini DSC01933

Masjid Wilayah, 14 Januari - Majlis Pelancaran Program Sumbangan Dana / Wakaf Al-Quran kepada masjid, surau Jumaat, surau, sekolah dan pihak-pihak yang terkesan musibah banjir diadakan di dewan solat utama Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan jalinan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

RM50,000 telah disumbangkan menerusi PPZ-MAIWP menggunakan dana wakalah zakat MAIWP, Lembaga Tabung Haji RM50,000,  Dato' Khay Ibrahim RM25,000, Masjid Jamek Kg. Baru RM25,000, Pengerusi MAIWP RM10,000 dan Masjid Wilayah Persekutuan RM10,000, dengan jumlah kutipan RM170,000 sebelum salat Jumaat.

Terima kasih pembayar zakat, Amanah anda MAIWP laksanakan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!