PUSAT AUTISME PDRM-MAIWP DAPAT PERHATIAN YAYASAN BANK RAKYAT
Kuala Lumpur, 12 Januari – Prihatin dengan keperluan penjagaan khas anak-anak autisme, MAIWP dan PDRM telah menjalinkan kerjasama strategik dalam menubuhkan Pusat Autisme PDRM.
MAIWP telah menyumbang sebanyak RM850,000.00 kepada penubuhan pusat autisme atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab kepada pasukan beruniform ini.
Pusat Autisme PDRM dibangunkan pada Ogos 2020 dengan kerjasama PDRM dan Genius Kurnia manakala operasi dilaksanakan oleh Yayasan Pengaman Malaysia. Kini seramai 23 kanak-kanak autisme dibantu enam tenaga pengajar ditempatkan di pusat ini.
Memahami kos operasi yang tinggi perlu ditanggung dalam pengurusan pusat autisme, Yayasan Bank Rakyat menyumbang RM100,000 kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Replika cek diserahkan oleh Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Turut hadir Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia Tan Sri Norian Mai.