YBR MENAJA PENDIDIKAN KANAK-KANAK AUTISME

Saiz Tulisan :

mini DSC01563 

Kuala Lumpur, 12 Januari – Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), telah disantuni oleh Yayasan Bank Rakyat dengan menghulurkan sumbangan  RM100,000 untuk Program ‘Kenali Lebih Dekat Kanak-Kanak Autisme’ yang disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

Menurut Datuk Wira Megat Zulkarnain, Yayasan Bank Rakyat amat komited membantu masyarakat dalam meningkatkan tahap sosioekonomi  melalui pendidikan dan berharap dengan bantuan seumpama ini dapat memberi semangat kegembiraan buat kanak-kanak autisme dalam menjalani kehidupan seharian serta belajar sesuatu yang baru.

Melalui pelaksanaan program ini dapat membantu meningkatkan kesedaraan kepada orang ramai dan memberi fokus intervensi terhadap peluang golongan autisme mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal serta disifatkan sebagai langkah positif memastikan mereka mendapat tempat dalam masyarakat.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat juga berharap program ini perlu diperbanyakkan lagi pada masa hadapan agar dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi menjadi inspirasi kepada organisasi lain untuk sama-sama  membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pusat Autisme PDRM telah disempurnakan penubuhannya oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Bador, ketika menjawat Ketua Polis Negara pada 25 Mac 2021 bersamaan 11 Syaaban 1442H.

Turut menyerikan penyerahan sumbangan Yayasan Bank Rakyat adalah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan timbalannya, Dato’ Razarudin Husain, Tan Sri Dato' Seri Norian Mai, Pengerusi Pengaman dan timbalannya, Tan Sri Hussin Haji Ismail serta Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP,

 

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!