RM10,135,680 KHUSUS UNTUK PASCA BANJIR

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 01 11 at 16.31.27 

Putrajaya, 11 Januari - Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memperuntukkan sebanyak RM10,135,680.00 khusus untuk pasca banjir yang melanda negara pada 18 dan 19 Disember 2021.

Agihan ini telah digerakkan sejurus bencana menimpa dan atas konsep 'Keluarga Malaysia' bantuan disalurkan tanpa mengira status, bangsa dan agama.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Warga Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad di Auditorium JAKIM, Putrajaya.

YB Menteri berkata: "Sebagai menteri yang memegang portfolio agama telah meminta JAKIM menjadi penyelaras menggerakkan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi Agama bagi membantu mangsa banjir yang melanda seluruh negara khususnya di Lembah Kelang, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan kawasan lain yang teruk dilanda banjir baru baru ini.

"Saya telah meminta semua agensi di bawah saya untuk terus mengambil tindakan pantas menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terjejas demi memberikan gambaran bahawa kita sebagai keluarga Malaysia adalah bersaudara".

Turut hadir pada majlis ini YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Pada majlis ini seramai 338 warga agensi yang terlibat dengan musibah banjir turut menerima sumbangan wang tunai bernilai RM1,000.00 setiap seorang dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM338,000.

 

mini_WhatsApp_Image_2022-01-11_at_16.31.27.jpegDSC01414_1.jpgDSC01389.jpgDSC01439.jpgDSC01448.jpgDSC01434_1.jpgDSC01486.jpgDSC01392.jpgDSC01409.jpgDSC01392_1.jpgDSC01410_1.jpgDSC01391_1.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!