TAHUN 2021 TAHUN INOVASI MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 01 07 at 13.06.03 

Kuala Lumpur, 7 Januari - Tahun 2021 merupakan tahun inovasi buat MAIWP. Beberapa penambahbaikan sistem perkhidmatan yang MAIWP perkasakan bagi memastikan asnaf terus disantuni dalam mengharungi pandemik yang melanda negara.

 Pelbagai inisiatif bantuan telah diperkenalkan selain pelancaran Skuad MAIWP Rider Team (MRT), bertujuan memastikan tiada asnaf yang kelaparan selain membantu menyalurkan keperluan makanan kepada mereka yang menjalani kuarantin kendiri.

Berikut antara petikan yang dinyatakan oleh Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP pada Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP bagi bulan Januari 2022 yang diadakan secara fizikal di Ibu Pejabat MAIWP di Kuala Lumpur.

Tambah beliau, “MAIWP telah menggerakkan bantuan banjir menerusi Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Banjir Fasa 1 yang telah dikoordinasi secara bersama MAIWP dan anak syarikat MAIWP dalam menyalurkan bantuan awal berbentuk kewangan dan peralatan keperluan diri.

“Program ini kemudiannya diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM35 juta di bawah Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Banjir 2.0 yang kini diperluaskan kepada mangsa banjir di luar Wilayah Persekutuan”,ujar Encik Mohd Nizam.

Hadir sama Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Pada majlis ini, turut diraikan 16 pegawai menerima surat kenaikan pangkat, empat penerima Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan Oktober 2021 dan 14 pegawai yang telah bersara diraikan dengan sesi memotong pulut kuning.

Bantuan Motosikal OKU bernilai RM 9,415.00 turut disalurkan kepada Encik Abdullah Baharuddin selaku Orang Kurang Upaya (OKU) dan penerima Bantuan Bulanan MAIWP.

Beliau seorang usahawan pisang goreng di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur dengan pendapat bersih RM400 sebulan. Atas dasar priharin dan tanggungjawab, MAIWP bersetuju menyalurkan Bantuan Perniagaan iaitu sebuah motorsikal memudahkan urusan beliau.

Terima Kasih Pembayar Zakat
Amanah Anda Kami Laksanakan

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!