MAIWP - MEDIA PRIMA BANTU MANGSA BANJIR DI KARAK

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 01 06 at 10.12.26 

MAIWP menerusi Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP (BKPM) telah menjalinkan kolaborasi buat julung kalinya bersama Kelab Media Prima, Rakan Media Prihatin dan Pertubuhan Prihatin Muhibbah Kuala Lumpur dan Selangor.

Pelepasan Skuad Cuci-Cuci telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Kompleks Darul Kifayah, Batu Caves Selangor.

Encik Mohd Nizam Yahya yang ditemui berkata seramai 60 sukarelawan menyertai misi bantuan banjir pada hari ini yang mana bantuan pembersihan, bekalan makanan dan perubatan akan digerakkan ke Kampung Tanjung Karak, Pahang.

BKPM turut mengambil inisiatif menyalurkan beberapa bantuan bersesuaian untuk kegunaan mereka pasca musibah banjir antaranya kit makanan, kit peralatan ibadah, kit peralatan pembersihan, dan barangan elektrik.

Encik Khairuzzaman Hj Mohammad, Pengerusi Kelab Media Prima berkata menerusi jalinan kerjasama misi banjir ini, Media Prima dapat Menjalinkan kerjasama dua hala bersama MAIWP dan pastinya pelbagai rencana bakal dirangka demi kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Dato'dr.Vinodt@Nagaraju, (Pemerintahan Agong) Persatuan Kecemasan Sukarelawan Malaysia (PKSM) turut bekerjasama untuk misi banjir kali ini dengan menyediakan dua buah ambulance dilengkapi bantuan kesihatan dan bekalan makanan untuk dibawa ke Karak menyantuni mangsa yang memerlukan.

MAIWP amat menghargai kesudian beberapa sukarelawan yang telah turun padang bersama-sama membanting tulang dan menggalas beban demi memberikan sinar keceriaan kepada mereka yang sedang diuji.

mini_WhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.12.26.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.12.59.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.12.55.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.12.59_1.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.12.54.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.12.58.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.13.02.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.13.00.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.13.04.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.13.05.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.13.06.jpegWhatsApp_Image_2022-01-06_at_10.13.02_2.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!