KEBERSAMAAN KELUARGA MAIWP
Dalam situasi pasca banjir, MAIWP telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan antaranya; Bantuan Kewangan, Bantuan Bakul Makanan, keperluan asas dan sebagainya kepada mangsa banjir.
MAIWP juga telah berjaya melahirkan MAIWP Mobile Clinic hasil kerjasama bersama MAPIM, pada ketika ini tertumpu di lokasi terjejas banjir bagi memberi kemudahan perubatan kepada mangsa banjir.
Selain itu, melaui syarikat-syarikat MAIWP menerusi kolaborasi Hospital Pusrawi, Picoms dan MAIWP Healthcare telah menempatkan Klinik Prihatin di Dusun Nanding dan Kg Bukit Lanchong yang beroperasi memberi rawatan pasca banjir kepada penduduk setempat.
Terbaru MAIWP telah membentuk 'Skuad Cuci-Cuci MAIWP' terdiri daripada pegawai MAIWP dan sukarelawan pelajar di kalangan institusi MAIWP seperti PICOMS, IKB, dan KPBKL.
Skuad cuci-cuci ini akan bergerak di lokasi-lokasi yang terjejas teruk bagi menghulurkan bantuan aktiviti pembersihan rumah dan kawasan setempat secara percuma.
Melalui aktiviti khidmat sosial ini, MAIWP membuktikan kebersamaan dan keprihatinan Keluarga MAIWP, bergabung tenaga turun padang membantu mangsa yang memerlukan.
Terima kasih Keluarga MAIWP masyarakat bersama anda.