MAIWP SANTUNI MANGSA BANJIR DI KAMPUNG BUKIT LANCUNG

Saiz Tulisan :

mini DSC00577 

Shah Alam, 1 Januari - Cuti Umum sambutan tahun baru 2022 digunakan sebaiknya oleh barisan Pengurusan Tertinggi MAIWP dengan menyantuni mangsa banjir di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam Selangor.

Untuk lokasi hari ini, sebanyak 100 set bantal, cerek air panas dan periuk nasi disumbangkan oleh Yayasan Taqwa MAIWP.

Sumbangan telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada penduduk setempat yang terjejas.

Hadir sama pada majlis ini, Datuk Aziz Jusoh, Timbalan Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ahli MAIWP dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Untuk pengetahuan umum, paras air di kawasan ini dinaiki dengan deras hingga menenggelamkan atap rumah.

Terima kasih pembayar zakat, Amanah anda kami laksanakan

mini_DSC00577.jpgDSC00584.jpgDSC00568.jpgDSC00567.jpgDSC00588.jpgDSC00615.jpgDSC00592.jpgDSC00707.jpgDSC00728.jpgDSC00698.jpgDSC00659.jpgDSC00770_1.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!