PENGERUSI MAIWP TURUN PADANG TINJAU MAIWP MOBILE KLINIK
Hulu Langat, 28 Disember - Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar hari ini telah turun padang meninjau MAIWP Mobile Klinik di lokasi pertama perkhidmatannya di Nanding, Hulu Langat Selangor.
Hadir sama mengiringi beliau, Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Penduduk sekitar kawasan Hulu Langat dan sukarelawan di sini telah menggunakan perkhidmatan MAIWP Mobile Klinik yang ditawarkan MAIWP dan MAPIM secara percuma.
Tinjauan Pengurusan Tertinggi MAIWP di lokasi kedua iaitu di Surau Al Munir Taman Sri Nanding mendapati sekumpulan pegawai dan pelajar PICOMS telah ditempatkan di lokasi tersebut bertujuan menyantuni dan memberi rawatan awal kepada penduduk setempat.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang terjalin demi membantu mereka yang memerlukan.