RM7 JUTA TERKUMPUL KHUSUS MENYANTUNI MANGSA BANJIR
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Kampung Pasir, 25 Disember - RM7 juta dana berjaya dikumpul hasil sumbangan agensi-agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
Perkara ini dinyatakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang hadir meninjau proses agihan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat di Dewan Perwakilan Penduduk Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur.
YB Senator Tuan Haji Idris turut menzahirkan rasa bangga atas kebersamaan Keluarga Malaysia ini dalam menyantuni asnaf bukan sahaja di wilayah namun negeri-negeri terjejas.
"RM7 juta ini merupakan dana terkumpul dan kita akan santuni di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang terjejas".
"Kita juga akan memastikan bantuan ini sampai kepada semua rakyat yang terjejas".
YB Senator Tuan Haji Idris berkata demikian pada Program Sentuhan Kasih MAIWP- Misi Bantuan Banjir Program Kolaborasi Keluarga MAIWP, Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri-Negeri yang telah diadakan bermula 23 hingga 26 Disember 2021.
Program ini merupakan inisiatif bersama Keluarga MAIWP dengan penglibatan Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Zakat Negeri yang bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cerminan semangat Keluarga Malaysia ini yang ditunjukkan melalui sumbangan ini jelas menunjukkan kebersamaan agensi Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia dalam menyantuni ummah tomerentasi merentasi batas sempadan negeri.
Keseluruhan bantuan berjumlah RM1,438,503.00 adalah berbentuk makanan dan barangan untuk kelangsungan hidup seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, keperluan mencuci rumah, peralatan elektrik dan keperluan asas lain seperti bantal, selimut, tuala wanita, pelitup muka, telekung dan sebagainya serta bantuan kewangan yang melibatkan hampir 1300 orang mangsa banjir.
Hadir mengiringi YB Menteri, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
350 keluarga akan menerima sumbangan bernilai RM1,078.60.