KELUARGA MAIWP TEKAD BANTU MANGSA BANJIR

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs//berita/2022/06012022-1/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

 mini 20211223151624 IMG 1894

Kuala Lumpur, 23 Disember - MAIWP berganding bahu bersama PPZ-MAIWP, PICOMS, MAIWP Healthcare, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (KEMAPs) mengagihkan bantuan zakat kepada 76 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh di lokasi PPS Sungai Penchala (Dewan SK Sungai Penchala) hari ini.

Kit Musibah MAIWP berupa makanan dan toto akan diedarkan di Kampung Batu Delima, Kampung Baru, dan Kampung Sungai Penchala.

Keluarga MAIWP turut menyalurkan bantuan berbentuk barangan untuk kelangsungan hidup seperti barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, keperluan mencuci rumah, peralatan elektrik, dan keperluan asas lain seperti bantal, selimut, tuala wanita, pelitup muka, telekung, dan sebagainya yang bernilai RM495 serta bantuan kewangan sebanyak RM200 setiap keluarga.

Tambahan barangan makanan asas, kain batik, kain pelikat, sejadah dan toto turut disumbangkan oleh MAIPs.

Bantuan 7 buah ‘water jet’ juga diberikan kepada wakil MPP untuk digunapakai oleh penduduk di sekitar Sungai Penchala bagi memudahkan urusan pembersihan rumah yang dimasuki lumpur.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, bantuan pada hari ini merupakan lokasi agihan bantuan zakat yang pertama dan seterusnya akan disusuli lokasi-lokasi lain di sekitar Wilayah Persekutuan bagi meringankan bebanan mangsa banjir dan tanah runtuh. Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di luar Wilayah Persekutuan seperti Selangor dan Pahang pula akan diuruskan oleh pihak Yayasan Taqwa-MAIWP.

Turut menyertai program pada hari ini ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd. Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor.

 

mini_20211223151624_IMG_1894.jpg20211223150204_IMG_1802_1.jpg20211223151624_IMG_1894.jpg20211223154245_IMG_2024.jpg20211223150231_IMG_1804_1.jpg20211223150513_IMG_1815_1.jpg20211223154309_IMG_2028.jpg20211223153753_IMG_1997.jpg20211223160255_IMG_2075_1.jpg20211223152627_IMG_1902.jpg20211223155414_IMG_2042_1.jpg20211223155526_IMG_2048_1.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!