MAIWP SALUR RM1 JUTA KEPADA YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Saiz Tulisan :

 

mini WhatsApp Image 2021 12 23 at 15.07.00 3 

 

Kuala lumpur, 23 Disember – MAIWP salur RM1juta kepada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Wilayah Persekutuan.

Pada hari ini, replika cek simbolik penyampaian bantuan kepada mangsa banjir disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

Yayasan Wilayah Persekutuan antara badan penyelaras misi bantuan banjir di Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, sebanyak 12 kawasan di Kuala Lumpur terkesan musibah banjir dengan anggaran 500 orang mangsa telah dipindahkan kepada 4 buah Pusat Pemindahan Sementara.

MAIWP juga menawarkan Bantuan Musibah kepada mereka yang terlibat bencana alam seperti ribut, tanah runtuh dan lain-lain serta kebakaran.

Bantuan akan disalurkan sebanyak RM1,000 kepada penerima.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Encik Mohd Nizam Haji Yahya dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.

mini_WhatsApp_Image_2021-12-23_at_15.07.00_3.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_15.06.59_1.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_11.17.58.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_15.07.01_1.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_15.07.00.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_15.07.00_1.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_11.17.58_1.jpegWhatsApp_Image_2021-12-23_at_15.06.59.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!