MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL IKB KALI KE-28
Cheras, 13 Disember - Seramai 88 graduan bagi sesi 2018/2019 dan 90 graduan bagi sesi 2019/2020 diraikan pada Majlis Penganugerahan Sijil Institutut Kemahiran Baitulmal (IKB) Kali Ke-28.
Secara keseluruhan bagi kedua-dua sesi tersebut, seramai 122 orang graduan telah mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas.
Seramai 12 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kursus, 2 orang penerima Anugerah Pelatih Terbaik Pengajian Umum dan 2 orang penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dengan pencapaian PNGK masing-masing sebanyak 3.89 dan 3.86.
Para graduan adalah terdiri daripada program Kejuruteraan Elektrik, Perkhidmatan dan Penyajian Makanan, Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki, Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita, Seni Lukis dan Seni Reka serta Teknologi Binaan Bangunan.
Majlis Penganugerahan Sijil Institutut Kemahiran Baitulmal (IKB) Kali Ke-28 ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP secara atas talian ekoran krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang berucap secara dalam talian berkata, Program kemahiran yang dijalani oleh para graduan telah mendapat pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Perakuan Kekompetenan (PW4) dari Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Tambah beliau Pengetahuan dan kemahiran graduan juga telah diuji melalui penilaian dan peperiksaan yang dilaksanakan di peringkat dalaman dan luaran.
IKB bakal memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan juga McDonalds Malaysia sebagai satu inisiatif jalinan kerjasama strategik bersama pihak industri.
Kerjasama bersama ABM dimeterai bagi pelaksanaan program secara Boot Camp dalam bidang penyelenggaraan penghawa dingin iaitu Air Conditioning & Mechanical Ventilation secara sepenuh masa dan kursus Usahawan & Juruteknik Air Conditioning secara separuh masa dengan penajaan untuk seramai 30 orang peserta.