AKADEMI MENARA GADING JUNIOR MAIWP-YASA
Cheras, 11 Januari - MAIWP dengan kerjasama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) komited membantu pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi program Akademi Menara Gading (AMG).
Jalinan kerjasama ini telah melahirkan Kem Kemahiran Psikologi & Pengurusan Diri Cemerlang untuk mendidik para pelajar agar dapat berfikir secara kreatif dan meningkatkan motivasi kendiri demi kecemerlangan akademik.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Ahli MAIWP di Dewan seberguna Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Kuala Lumpur.
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua peserta akan dibimbing secara beterusan selama dua tahun mengunakan kepelbagaian pendekatan agar mereka dapat melayakan diri ke sekolah asrama penuh dan MRSM diseluruh negara.
Program MAIWP-AMG merupakan salah satu inisiatif MAIWP agar ia dapat mempercepatkan proses transformasi masyarakat luar bandar, terutama asnaf untuk berjaya dalam pendidikan.