GRADUAN DI KALANGAN WARGA EMAS
Darul Ilmi, 11 Disember - Seramai 9 orang warga emas telah diraikan pada Majlis Graduasi Darul Ilmi MAIWP.
Para graduan ini telah menamatkan pengajian mereka selama dua tahun di Darul Ilmi dalam bidang agama merangkumi ilmu tauhid, Fekah, Tafsir, Hadid, Tasawwuf, Akhlak, Al-Quran, Tajwid, sirah dan Perubatan Islam.
Majlis perasmian Majlis Graduasi Darul Ilmi telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fauzi, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP di Darul Ilmi.
Menurut Encik Fauzi, pembelajaran di Darul Ilmi ini disusun secara bersistematik dan menggunakan kitab-kitab agama yang masyur dan muktabar.
"Belajar ilmu di Darul Ilmi ini telah diajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Para graduan juga di didik untuk menghayati secara praktikal dan perkara ini cukup bermanfaat kerana para graduasi dapat belajar dan terus melaksanakannya".
Tambah beliau rutin harian di Darul ilmi bermula seawal 4 pagi dengan aktiviti qiamullail disusuli dengan pengajian sehingga waktu malam.
Darul ilmi merupakan idea pewakaf, Allahyarham Haji Ir. Mohd Mazlan Md Ismail yang mewakafkan hartanya seluas 1.7 ekar khusus untuk pendidikan dan kemaslahatan umat Islam.