MEDIA JENTERA MAKLUMAT PEMBAYAR ZAKAT DAN PENERIMA BANTUAN
Kuala Lumpur, 8 Disember - Agensi media memainkan peranan besar dalam usaha mempromosi serta menggalakan lebih ramai penyumbang zakat di negara ini.
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP berkata sumbangan media dalam menggerakan lebih ramai pembayar zakat di negara ini memberi impak besar terhadap agensi berkenaan.
Tambah beliau, jika dibandingkan capaian awam antara pihak media dengan agensi tersebut terlalu ketara berikutan media mampu mengubah persepsi sesebuah organisasi atau masyarakat.
“Sudah pasti satu jam usaha kami, berbanding satu minit usaha media, yang satu minit lebih berkesan daripada yang kami lakukan sepanjang masa sebab media mempunyai power luar biasa.
“Jadi, kalau media dapat memberikan sedikit masa lima hingga 10 minit dalam sebarang saluran yang ada, kesannya akan lebih besar kepada pembayar zakat dan penyumbang zakat,”
Tan Sri Dr. Daud berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Apresiasi MAIWP Bersama Pengamal Media di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang sama telah berlangsungnya Pelancaran Program Baharu ACCA di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).
KPBKL bakal menawarkan program bertaraf antarabangsa iaitu Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sebagai salah satu program dibawah seliaan Fakulti Pengajian Teknokorporat pada Januari 2022.
Program ini menawarkan tajaan penuh kepada para asnaf dan golongan B40 dan terbuka juga kepada mereka yang berminat.
Selain itu MAIWP turut meraikan kejayaan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS apabila seramai 7 graduan program Diploma Kejururawatan PICOMS telah berjaya memulakan pekerjaan di German pada Oktober yang lepas.
Kejayaan ini adalah hasil daripada sebuah program yang dinamakan sebagai German Professional Employment Program. Program penempatan pekerjaan ini juga turut dilebarkan sehingga ke Jepun.