PELEPASAN SKUAD MUSAADAH KELUARGA MALAYSIA
Putrajaya, 7 Disember – Majlis Pelancaran dan Pelepasan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pagi ini telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dataran Kompleks Islam, Putrajaya.
Skuad Jejak Asnaf dan MAIWP Rider Team (MRT) telah turut sama menyertai konvoi pelepasan pada pagi ini dengan melibatkan 7 anggota Skuad dan Rider daripada kalangan pekhidmat MAIWP.
Pada majlis ini, konvoi pelepasan dimulakan dengan pelepasan 6 buah motorsikal yang melibatkan Skuad MRT MAIWP dan Skuad Hijrah dari TV Alhijrah kemudian dikuti dengan 11 buah van/kereta yang membawa identiti agensi masing-masing.
Skuad Keluarga Malaysia merupakan cetusan idea Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.Skuad Keluarga Malaysia ditubuhkan bagi menyelaras semua mekanisme penyampaian bantuan, untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara.