MERAPATKAN SHAF, MENGIMARAHKAN MASJID

Saiz Tulisan :

 mini DSC09448

Menjalara, 27 November - Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara Kepong telah menganjurkan Program Hari Terbuka demi mengimarahkan masjid yang telah lama ditutup ekoran pandemik Covid-19.

Program bertemakan 'Keluarga Malaysia' dan 'Masjid For All' ini disertai agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ketika merasmikan program berkata, semangat kesatuan di antara masjid, surau, agensi kerajaan dan swasta dapat dipupuk bersama semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama dan bangsa.

Seramai 20 asnaf muslim dan 20 orang asnaf bukan muslim diraikan dengan menerima sumbangan daripada JAWI Food Bank berupa beras dan barang keperluan asas.

Pelbagai aktiviti disediakan antaranya kaunter bayar saman oleh JPJ dan PDRM, kaunter pembayaran zakat PPZ, pemeriksaan kesihatan oleh PICOMS & Park City Medical Centre, Kempen Derma Darah oleh Pusat Darah Negara, dan Kursus Pemantapan Imam dan Bilal.

DSC09419.jpgDSC09471_1.jpgDSC09415.jpgDSC09403.jpgmini_DSC09448.jpgDSC09448.jpgDSC09594.jpgDSC09633.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!