MAIWP BANTU 1,000 USAHAWAN DENGAN PERUNTUKKAN RM3 JUTA

Saiz Tulisan :

mini DSC01028 1

Kuala Lumpur, 15 Nov – MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta dengan menyasarkan 1,000 orang usahawan di kalangan asnaf meneruskan program Musa’adah Tijariyyah 2.0 bermula 14 Oktober sehingga 18 November 2021.

Sebagai nilai tambah kepada bantuan modal yang diberikan, peserta juga akan diberikan kursus transformasi minda dan mempersiapkan diri dengan ilmu perniagaan yang mana akan menjadi syarat sebelum bantuan disalurkan.

Majlis Musa’asah Tijariyyah 2.0 telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Premiera Hotel Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, YB Senator Tuan Haji Idris berkata, MAIWP amat komited melaksanakan program agihan zakat dengan matlamat untuk mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan.

"Program ini merupakan manifestasi kesungguhan MAIWP dalam membantu asnaf bukan sahaja sekadar memberi bantuan bahkan mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dan akhirnya menjadikan mereka pembayar zakat".

Beliau turut menyeru sinergi sebegini diteruskan agar tanggungjawab membantu masyarakat menjadi satu tanggungjawab bersama demi menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia.

"MAIWP menjadi pengantara untuk mengagihkan zakat yang dibayar. Dengan situasi kini, penghargaan anda khususnya di media sosial pasti akan didengari oleh para pembayar zakat dan seterusnya mendorong mereka untuk terus berzakat".

Kursus transformasi minda kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh YaPIEM.Selain itu, pihak YaPEIM akan mengenal pasti usahawan yang berpotensi untuk digilap menerusi program Inspirasipreneur YaPEIM.

Turut hadir YBhg. Dr. Yusri Mohamad, Ahli MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid , Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, dan Encik Mohd Ridzal Sheriff, Ketua Pegarah YaPEIM.

Musa’asah Tijariyyah telah mula dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu dan seramai 1,057 usahawan telah berjaya disantuni.

DSC00941.jpgDSC00944.jpgDSC00985.jpgDSC00995.jpgDSC01012.jpgDSC01001.jpgDSC00999.jpgDSC00990.jpgDSC01028_1.jpgDSC01020.jpgmini_DSC01028_1.jpgDSC01028.jpgDSC01088.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!