PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2021
Bangunan Perkim, 8 November - Pengurusan tertinggi MAIWP amat menitikberatkan Integriti di kalangan warganya melalui nilai kebersamaan MAIWP iaitu Muhasabah, Amanah, Integriti, Wawasan dan Prihatin.
Integriti amat penting memandangkan setiap individu di dalam organisasi perlu bertindak secara beramanah kepada kuasa dan tugasnya, telus, tulus, tiada konflik peribadi, mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa.
Amanat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Yahya Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP pada Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP November 2021 di Bangunan Perkim, Kuala Lumpur.