MEMPERKASAKAN MUALAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 11 03 at 16.59.43 2

Sentul, 3 November – Program Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2021 merupakan anjuran kali ke-4 bertujuan mencari bakat dalam kalangan mualaf yang dilatih untuk diketengahkan ke Peringkat Kebangsaan.

Program ini merupakan jalinan kerjasama antara MAIWP dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) demi kelangsungan usaha dakwah kepada saudara baru khususnya di Wilayah persekutuan.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Daud Bakar dalam ucapannya berkata “Agenda pembangunan mualaf di Wilayah Persekutuan merupakan agenda nasional di mana agenda dakhwah ini tiada sempadan dan boleh merentasi sempadan”.
“Ia bertujuan untuk memastikan perjalanan pengurusan Mualaf di Wilayah Persekutuan berjalan lancar serta dapat memastikan hak dan masa depan Mualaf ditegakkan”.

Hadir sama Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI, YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah, Ahli MAIWP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan dan En Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP.

Pemenang Program Mahrajan Amal Islami Mualaf bagi kategori Azan, Muhammad Hidayat Jaibon Jain ini telah mula mencintai agama Islam melalui kenalan pada tahun 2016, dan keluarga menyokong untuk memeluk agama Islam.

“Kami pun dari agama Kristian, jadi memang tiada kekanganlah mereka menerima dengan cara yang baik. Pesanan saya sebagai seorang mualaf kepada mereka yng berminat dan ingin ambik tahu tentang Islam belajar sampai hati terbuka”. Ujar Hidayat.

Antara acara yang dipertandingkan hafazan, syarahan, solat, azan dan iqamat.

Pemenang Program Mahrajan Amal Islami Mualaf ini akan dilatih untuk diketengahkan ke Peringkat Kebangsaan.

WhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.44.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.43_1.jpegmini_WhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.43_2.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.43.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.43_2.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.39.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.38.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.37.jpegWhatsApp_Image_2021-11-03_at_16.59.45.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!