PENDIDIKAN SAYAP KEJAYAAN ASNAF

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 11 02 at 17.30.28

Kuala Lumpur, 2 November – Hari ini berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan MAIWP dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Jalinan kerjasama antara MAIWP, Yayasan Taqwa dan UniSZA adalah untuk memajukan golongan asnaf yang tercicir dalam bidang Pendidikan agar ia dapat mengubah nasib golongan asnaf.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP di Ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dalam ucapannya berkata, Peluang kerjasama seperti ini amat dinanti-nantikan oleh pihak MAIWP terutamanya penglibatan dalam institusi Pendidikan.

“Harapan saya agar kerjasama ini tak terhenti setakat ini sahaja malah akan diteruskan dalam bidang kerjasama yang lebih menyeluruh mencakupi bidang pendidikan dan penyelidikan yang mempunyai impak langsung terhadap golongan sasar yang menjadi tujahan utama MAIWP pada masa akan datang”, ujar Datuk Dr. Mohd Daud.

Hadir sama YBhg. Dato' Haji Razali Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam Menjalankan Fungsi Naib Canselor UniSZA YBrs dan Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

MoU dan kerjasama antara UniSZA dan Yayasan Taqwa-MAIWP kali ini adalah berkaitan, kerjasama dalam bidang berikut:

(a) Pelaksanaan program dan aktiviti kemasyarakatan berkait dengan pendidikan, dakwah dan kebajikan;

(b) Penempatan bagi tujuan latihan dan kemahiran antara pihak termasuk pelajar latihan industri;

(c) Penglibatan bersama dalam aktiviti rundingan yang memerlukan kepakaran secara bersama; dan

(d) Apa-apa perkara lain berhubung penyelidikan dan perkongsian kepakaran yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak dari semasa ke semasa.

Yayasan Taqwa mempunyai peranan yang besar dalam memastikan agihan dana kebajikan dalam bentuk zakat sampai kepada golongan sasar khususnya di luar Wilayah Persekutuan.

WhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.27_1.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.27.jpegmini_WhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.28.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.29.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.28.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.29_1.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.28_1.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.23.jpegWhatsApp_Image_2021-11-02_at_17.30.25.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!