MAIWP PERSIAP ANAK ASNAF

Saiz Tulisan :

mini DSC08913

Masjid Wilayah, 30 Oktober – MAIWP jalin kerjasama bersama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) melalui Kem Potensi Kendiri untuk memastikan anak-anak asnaf dan yatim dapat mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemui ketika berlangsungnya sesi sidang media berkata, "MAIWP telah memperuntukan hampir RM1 juta bagi siri pertama program ini yang mana bertujuan membantu golongan B40 dan asnaf untuk berjaya dalam bidang pendidikan".

Tambah beliau, "program yang dinamakan Akademik Menara Gading (AMG) merupakan satu program inteversi yang menggunakan pendekatan Multiple Integrated-Intervension Module (MIIM-AMG) dengan pelaksanaan dalam tempoh dua tahun".

Hadir sama pada program ini
Dato’ Abdul Munir Basit, Pengurus Besar YASA, Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Pengurus Akademi Menara Gading (AMG) dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

PROGRAM AMG MAIWP-YASA ini merupakan cetusan idea penaungnya iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Bagi peringkat rendah penglibatan dimulakan seawal tahun 5 hingga tahun 6 manakala untuk peringkat menengah pula penglibatan bermula seawal tingkatan 4 lagi.

Sasaran peserta pada peringkat awal adalah diantara 50-60 pelajar bagi setiap tahap dan program ini telah bermula pada Ogos 2021 yang lalu.

Program ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu AMG junior bagi pelajar tahun 5 dan AMG Senior bagi pelajar tingkatan 4. Kedua-dua program ini dibiayai sepenuhnya oleh MAIWP dan selari dengan motto institusi iaitu “Dari penerima zakat kepada pembayar zakat’.

mini_DSC08913.jpgDSC08829.jpgDSC08933.jpgDSC08913.jpgDSC08770.jpgDSC08732.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!