MAIWP FOODTRUCK PORT MAKANAN GOLONGAN TERJEJAS

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 10 28 at 14.46.30

Kuala Lumpur, 28 Oktober – MAIWP Foodtruck merupakan idea baharu dalam menyantuni asnaf, golongan terjejas dan golongan B40 untuk mendapatkan bekalan makanan percuma di samping usahawan asnaf meningkatkan mutu perkhidmatan ketika pandemik Covid-19.

MAIWP telah memperuntukkan RM825,000.00 khusus untuk program ini dan Inisiatif daripada ini MAIWP dapat mewujudkan kitaran ekonomi yang memberikan kesan positif dalam membantu usahawan asnaf dan masyarakat B40.

Simbolik penyerahan replika cek makan percuma kepada asnaf oleh Usahawan Foodtruck Baitulmal MAIWP telah disampaikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Suzanna Azman, wakil usahawan asnaf foodtruck disaksikan oleh Datuk Dr. Mohd Ghazali Mohd Noor, Ahli MAIWP dan Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM Kuala Lumpur.

Menurut YB Senator Tuan Haji Idris, sebanyak 150 pax makanan percuma diagihkan mengikut lokasi dan hari yang telah ditetapkan. "Makanan percuma ini akan dinikmati oleh 23,400 orang penerima dalam tempoh 6 bulan", ujar YB Menteri.

Tambah beliau, melalui penglibatan bersama Usahawan Baitulmal MAIWP ini dapat membantu golongan ini daripada menerima zakat kepada pembayar zakat.

Program ini melibatkan 23 buah lokasi PPR dan 3 buah Universiti di Kuala Lumpur dan telah mula diagih pada 1 Oktober 2021.

Turut hadir Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.

Agihan makanan berbungkus kepada golongan fakir, miskin dan masyarakat di Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan oleh MAIWP sejak tahun 2007 bermula di hadapan Dataran Daruzzakah, Pejabat Baitulmal MAIWP Kuala Lumpur.

Melihat sambutan dan keberkesanan agihan makanan sangat membantu mereka yang memerlukan, pada tahun 2016 MAIWP meluaskan agihan makanan percuma di 9 buah Pusat Agihan Zakat Baitulmal MAIWP dan Rumah Prihatin@ Rumah Transit Perantaraan (AADK).

mini_WhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.30.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.32.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.33_2.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.30_1.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.33.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.34.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.30.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.32_1.jpegWhatsApp_Image_2021-10-28_at_14.46.33_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!