MAIWP BANTU ASNAF TERPUTUS BEKALAN MAKANAN
13 Oktober 2021- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary bersama Skuad Jejak Asnaf MAIWP turun ke lapangan menyantuni mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Terunah bin Aduka, 32 tahun, yang baru dua minggu bekerja sebagai Pengawal Keselamatan boleh menarik nafas lega selepas mendapat perhatian dari MAIWP melalui aplikasi MoJA. Beliau, isteri dan bersama 3 orang anak ketika ditemui oleh pihak Skuad Jejak Asnaf MAIWP mendapati hanya makan nasi dan ikan bilis selama seminggu dengan kuantiti yang sangat sedikit.
MAIWP telah meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan sejak dari bulan Jun yang lepas dan Bantuan Kecemasan COVID-19. Selain itu, keluarga ini juga turut menerima bantuan keperluan harian seperti makanan dan lampin pakai buang kanak-kanak.
Semoga ada sinar di sebalik ujian yang menimpa keluarga ini. Segala bantuan ini juga adalah hasil dari usaha semua pembayar zakat.
Terima kasih pembayar zakat, amanah anda kami tunaikan.