MAIWP TAWARKAN BANTUAN RAWATAN ASNAF

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 10 04 at 16.07.53 1

4 Oktober- MAIWP meneruskan lagi inisiatif Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 yang menawarkan Bantuan Rawatan Asnaf (pesakit luar) di dua fasiliti kesihatan MAIWP.

Pusrawi dan MAIWP Healthcare menjadi pilihan untuk mengendalikan inisiatif ini dengan kadar maksimum RM300 setiap asnaf.
YB Datuk Ahmad Marzuk,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang hadir telah menyampaikan cek bernilai RM 500,000.00 setiap satu kepada wakil Hospital Pusrawi dan MAIWP Healthcare sambil disaksikan oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP. YB Datuk Marzuk ketika ditemui berkata, "inisiatif ini dapat dimanfaatkan hampir 27 ribu asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan dan mereka ini akan mendapat rawatan yang lebih baik dan kondusif"

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Pengurus Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.

mini_WhatsApp_Image_2021-10-04_at_16.07.53_1.jpegWhatsApp_Image_2021-10-04_at_16.07.53_2.jpegWhatsApp_Image_2021-10-04_at_16.07.53_1.jpegWhatsApp_Image_2021-10-04_at_16.07.53.jpegWhatsApp_Image_2021-10-04_at_16.07.54_1.jpegWhatsApp_Image_2021-10-04_at_16.07.54.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!