MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (MIISMAN) DALAM NORMA BAHARU TAHUN 2021M/ 1443H

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2021 09 14 at 22.12.45

9 September 2021 – Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri (MIISMAN) Dalam Norma Baharu Tahun 2021.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS. MIISMAN kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelum ini kerana diadakan dalam norma baharu kesan dari pandemik Covid-19. Walaupun pelajar berada di rumah, hasil pertandingan masih boleh dihantar melalui video secara maya.

Sebanyak lima (5) buah Sekolah Menengah Agama MAIWP telah bertanding dalam 13 acara bagi kategori lelaki dan perempuan iaitu Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Arab, Khat, Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Kitab Turath.

Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Naib johan pula jatuh kepada Pondok Moden Al-Abaqirah dan tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz. Manakala, tempat keempat diperoleh kepada SMA MAIWP Labuan dan tempat kelima jatuh kepada Ma’alim Al-Sunan Li-Dirasati Al-Sunnah An-Nabawiyyah (MSN).

Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya di peringkat MIISMAN. Namun, sekolah yang tidak berjaya perlu meningkatkan lagi usaha agar beroleh kejayaan dan terkehadapan mengalahkan sekolah-sekolah lain di peringkat yang lebih tinggi.

Semoga, usaha baik yang berterusan dapat dilaksanakan demi meningkatkan kualiti kebolehjadian pelajar yang dapat memberi manfaat kepada ummah serta berjaya dunia akhirat.

mini_WhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.45.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.43_2.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.45_2.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.45.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.46.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.44.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.44_2.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.44_1.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.45_1.jpegWhatsApp_Image_2021-09-14_at_22.12.46_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP