MAIWP TAMPIL BANTU PENGUSAHA & PEKERJA TADIKA, TABIKA DAN TASKA

Saiz Tulisan :

mini DSC08218 1

13 September- Ekoran kesan pandemik yang berlanjutan hampir 2 tahun, pelbagai sektor tidak dapat beroperasi sehingga ada yang tidak dapat bertahan dan gulung tikar kerana tidak dapat menampung beban hutang dan tanggungan lain.

Golongan pengusaha dan pekerja tadika, tabika dan taska adalah salah satu golongan yang terpaksa menempuh ujian yang sukar ini.

Hari ini Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP menyerahkan replika cek Bantuan Kepada Pengusaha Tadika, Tabika dan Taska kepada Encik Mohd Asrazi Mohd Aspar, Pengarah Pentadbiran Yayasan Kebajikan Negara. Peruntukan sebanyak RM2.5 juta bakal memberi manfaat kepada 5,000 orang yang terdiri daripada pengusaha dan pekerja tadika, tabika dan taska di Wilayah Persekutuan. Setiap orang yang akan menerima RM500.00 secara one-off yang akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara.

Inisiatif ini adalah merupakan kesinambungan program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 yang menyasarkan golongan dari sektor yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Antara yang telah menerima manfaat dana zakat menerusi program ini antaranya ialah pengawal keselamatan, pengusaha dan pemandu bas/van sekolah dan golongan pemandu teksi. Harapan MAIWP sedikit sebanyak dengan bantuan ini ia mampu membawa sedikit kelegaan kepada yang terjejas akibat wabak virus ini.

mini_DSC08218_1.jpgDSC08218_1.jpgDSC08215_1.jpgDSC08217_1.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP